Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


20 Tips Tangani Nafsu Gelap

0
Posted January 15, 2013 by nenek in Lain-Lain Petua

doa mengawal nafsu

Nafsu gelap menjadi satu isu serius pada hari ini, bahkan isu ini sudah dianggap biasa.. padahal ia adalah LUAR BIASA. Disini saya terpanggil untuk share tip tanganinya berdasarkan petikan dari Majalah Al-Usta2 keluaran terbaru ini.
Apa yang harus kita lakukan adalah :

1. Fikirkan tentang matlamat hidup dan sibukkan diri untunk mencapainya.
2. Pasakkan keyakinan Allah Maha Melihat apa yang sedang kita lakukan.
3. Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
5. Putuskan hubungan”songsang” dan ”gelap” sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, e-mel, web dan sebagainya.
6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. stiap orang tahu dan sedar jenis tindakan yang boleh mendorong syahwat masing-masing kerana ia mungkin tidak sama dengan orang lain.
8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat sasaran baru seperti membuat blog  menulis buku dan majalh , menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya . Tanpa sasaran dalm kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong .
9.Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada allah. Namun awas dan elakkan daripada kumpulan songsang dan ajaran sesat
10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan dakwah. Dengannya anda akan mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung dengan kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit.
11. Kalau anda sedang berkerja atau belajar, sasarkan diri untuk cemerlang dalam pelajaran atau kerja anda. Dengan itu anada akan lebih sibuk dan permikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan sekali gus ingatan kepada syahwat akan mula menurun atau ingatannya disempitkan .
12. Ziarahi kubur dengan kerap agar syahwat menjadi tawar akibat memikirkan kematian.
13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah anada suka untuk menerima kematian dalam situasi itu ?
14. Kalau anda sedang bersyahwat dengan seorang wanita sekalipun secara maya Internet dan Tv, segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menjadi menurun. Contohnya bayangkan wanita tersebut mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi.

15. Kalau komputer dan Internet menjadi asbab peningkatan syahwat, maka maka mainkan alunan bacaan al-Quran  setiap kali menghadap komputer. Insya-Allah, rasa malu akan timbul. Kalau tidak banyakpun sedikit. Kalau syahwat masih menggila dihadapn komouter, segeralah berhenti dan keluarlah dari bilik dan lihatlah awan, langit pokok dan laut serta ingatkan kebesaran Allah.
16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kpd maksiat ialah kunci syaitan untuk menjerumuskan manusia dalam maksiat yang lebih besar.
17. Menjaga pemakananitu halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang diperoleh itu halal. Sumber haram menambah perisa syahwat lalu ia lebih dasyat ibarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihtan.
19. amalkan berpuasa sunat, berzikir secara berdisiplin setiap kali selepas solat dan berdoa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat agar diberikan kekuatan unuk mengawal nafsu syahwat.
20. Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

Bahana Nafsu;

bahana nafsu


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.