Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Anak Pintar dan Bijak

6
Posted May 23, 2010 by nenek in Lain-Lain Petua

Bayi

“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them”

R. Buckminster Fuller

Petua atau tip untuk ibu bapa

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Petikan daripada Berita Harian.


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

6 Comments


  1.  
    roselina

    anak saya alami masalah lemas ketika bersalin. macamne utk merangsang anak saya agar cergas seperti kanak2 normal. kini usianya 6 bulan.




  2.  

    betul ke orang tua2 kata kalau pukul tangan anak…boleh lemahkan semangatnya??? betul ke…baik ke tampar tangan anak?




    •  

      Mak Nenek memang tak kasi/boleh dipukul tangan anak. Takut was2 dan jadi takut/lemah semangat katanya. Mungkin ada benarnya. Lagipun tak baik mengajar anak dengan kekerasan, mereka akan lebih memberontak. Berikan nasihat dan kata2 semangat dgn sedikit physiologic. Berikan kasih sayang, mereka lebih akan menurut kata.




  3.  

    macam mana nak bagi anak membesar…anaksaya kurang makan. masih nak neneng walau dah 2tahun 5bulan




    •  

      oklah tu menyusu badan lagi. Menyusu badan ni boleh buat anak lebih bijak. Nak bagi anak makan byk, buatkan sup yg sedop bersama fav dia.. ayam ker kentang ker.. ditambah dgn supplemen spt vitamin (yg ni perlu mendapakan nasihat doktor)

      Nenek: hari2 masak sup ayam untuk anak nenek berumur 3 tahun… itu yg buat dia lalu makan. :)




  4.  
    Noer

    sy mempunyai seorang anak sedara yang tinggal bersama2 kami. masalahnya sekarang, dia kurang beri perhatian dalam pelajaran. keputusannya juga kian merusut. ada apa2 cara yang boleh membantu saya memberi kecerdasan kepada anak sedara saya. dia berumur 12 tahun.





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.