Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Cara Belajar Tuisyen Yang Berkualiti

0
Posted August 7, 2012 by nenek in Lain-Lain Petua

Dalam era pendidikan semasa, pelajar yang lemah perlu memberi penekanan masa yang terlebih terhadap pendidikan. Mereka perlu mencari alternatif lain untuk menghadiri kelas tuisyen untuk meningkatkan lagi penguasaan sesuatu matapelajaran yang lemah seperti subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan banyak lagi. Tetapi kebanyakan pelajar hanya pergi ke kelas tuisyen dengan hanya pergi dan balik tuisyen sahaja tanpa mempelajari penguasaan tuisyen yang berkualiti.

Disini terdapat beberapa tips menguasai belajar tuisyen yang berkualiti:-

1. Buat nota ringkas

Bagi pelajar yang fokus ketika guru tuisyen sedang mengajar dihadapan, anda disarankan mengambil nota ringkas. Ini kerana apa yang ditulis oleh guru di white board itu adalah isi-isi penting.

2. Sentiasa bertanya kalau tidak faham

Anda tidak digalakkan berdiam diri ketika tidak faham apa yang diajar oleh guru tuisyen anda. Ini kerana merugikan anda membayar beratus-ratus ringgit tetapi anda tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Tanyalah seberapa banyak yang ingin anda tanya.

3. Minta tips/formula daripada guru tuisyen

Kebiasaanya guru tuisyen mempunyai tips ataupun formula untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti subjek Matematik. Pelajari dengan guru tuisyen anda mengenai formula atau tips yang senang untuk diingati dan digunakan.

4. Belajar ikut rentak anda.

Anda tidak perlu membanding-bandingkan diri anda dengan rakan-rakan yang lain. Setiap pelajar, kefahaman dan kepandaiannya adalah berlainan. Ada yang cepat faham dan lambat. Anda tidak perlu risau mengenai itu, yang penting usaha.

5. Siapkan latihan ‘homework’ tuisyen.

Pastikan segala homework tuisyen anda siapkan. Jangan tinggalkan homework tuisyen anda kerana homework tuisyen itu adalah salah satu membantu anda meningkatkan tahap kepintaran anda.

 

Petikan: Dbblog


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.