Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Cara Melegakan Buasir

0
Posted December 1, 2010 by nenek in Lain-Lain Petua

Hemorrhoid juga dikenali sebagai buasir terjadi akibat pembengkakan salur vena darah pada kawasan dubur yang mengakibatkan pendarahan akibat tekanan ketika membuang air besar. Ia juga boleh menyebabkan kegatalan dan kepedihan. Buasir kerap terjadi selepas kehamilan dan kelahiran yakni salur darah vena mengembang akibat perubahan aras hormon badan.

Berikut adalah tip-tip bagi mengurangkan atau melegakan masalah buasir:

* Elakkan sembelit kerana ia akan memburukkan lagi keadaan buasir. Makan banyak buah dan sayur berserat tinggi. Minum juga banyak air bagi memastikan najis lembut.

* Elakkan berdiri terlalu lama. Kerap membuat senaman ringan untuk melancarkan peredaran darah.

* Gunakan ais untuk mengurangkan kesakitan ketika membuang air besar. Lakukannya dengan menekapkan ais pada kawasan buasir.

* Gunakan cecair pelincir ketika membuang air besar bagi memudahkan pergerakan najis pada bahagian permukaan lubang dubur.

* Dapatkan ubat-ubatan yang boleh membantu melembutkan najis serta mengelakkan sembelit.

* Gunakan krim tahan sakit pada kawasan buasir untuk mengurangkan keradangan

Petikan dari Majalah PaMa

Tambahan tips di sini


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.