Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


5 Tips Memilih Langsir

0
Posted April 15, 2012 by nenek in Lain-Lain Petua

Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyelahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pedinding cahaya matahari tetapi ianya juga menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.

Berikut adalah beberapa panduaan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda.

langsir ready made 2013

1. TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
Kain langsir datang dengan pebagai harga. Ada yang murah, ada mahal, bergantung kepada kain dan kualiti. Ada juga kain langsir yang berharga dibawah RM 10 semiter dan ada yang sehingga lebih RM 60 semiter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin bebelanja. Pastikan anda tidak membazir dan pastikan ia selaras kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM 50 semiter,mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM 300?.

2 .BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke kamdar untuk mencari kain langsir, pekara terakhir yang anda mahu terjadi adalah dihimpit kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau pintu gelongsor(sliding door),dan ukur demensi (panjang x lebar) tingkap tersebut didalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Meraka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3 .PADANKAN CORAK DAN WARNA LANGSIR DENGAN KEDIAMAN ANDA
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad,hari tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini ,banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada juga yang bewarna gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4 .PILIH TOUCH UP
Kini langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potong lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi menjinak-jinak dengan seni jahitan langsir,dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir, kini boleh didapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga infomasi internet yang boleh didapati dengan percuma.

5 .BELI PERKAKAS TAMBAHAN YANG LAIN
Setelah langsir anda siap dijahit,tugas terakhir yang di lakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.pastikan perkakas lain, samaada kecil atau besar,telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat pengiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi.jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah sepadan dengan jenis palang. Tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan itu yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50,anda pilih sahaja yang mana sesuai

Petikan : sesaljubayu.blogspot


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.