Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Langsing Selepas Bersalin

0
Posted December 30, 2010 by nenek in Lain-Lain Petua

susu-ibuAda beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.

Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Sumber: Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.