Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Untuk Mengecilkan Lengan atau Peha

0
Posted October 7, 2011 by nenek in Lain-Lain Petua

Sebenarnya, badan kita sendirilah yang mengatur pembakaran lemak di bahagian mana – mana badan. Kita tidak boleh mengatur yang mana perlu kurus dahulu atau yang mana perlu gendut dahulu. Semuanya bergantung pada genetik kita masing-masing. Seperti ada orang yang makan banyak kemudian lengannya dulu yang berubah gemuk, tetapi ada orang lain yang lengannya tidak menjadi masalah melainkan pahanya terlebih dulu yang menjadi gemuk.

Tetapi selain daripada itu, ada satu aturan yang perlu kita ketahui iaitu apabila anda kurus dan kemudian makan banyak dan menjadi gemuk, perhatikanlah urutan anda menjadi gemuk ”Apabila dimulai dari peha, kemudian perut, dan terakhir pipi” maka kalau anda menguruskan badan anda, urutan tersebut akan dibalik. Yang akan kurus pertama adalah pipi, kemudian perut dan terakhir peha.

Itulah yang membezakan badan setiap individu dan membuatkan kita bingung dengan pertanyaan ”kenapa peha saya masih besar padahal perut saya sudah kempis”. Penyelesaiannya adalah teruskanlah usaha anda, kerana badan kita sememangnya mempunyai urut-urutan tersendiri untuk membakar lemak. Setelah lemak di bahagian perut berkurang, badan akan mulai mengurangi lemak di bahagian peha atau lengan seperti urutan yang sudah diprogramkan dalam diri anda.

* bersauna dapat mengecilkan paha dan lenggan dengan mudah

* Untuk paha besar, gunakan california corset atau sauna belt

**Lain2 PRODUCT PELANGSINGAN >> KLIK


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.