Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tips Tangani Stress dan Kemurungan Anak

0
Posted March 13, 2012 by nenek in Lain-Lain Petua

Stress atau murung mengakibatkan anak-anak itu mengalami situasi

1. Kencing malam

2. Sakit perut

3. Termenung

4. Kurang selera makan

5. Menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara

Percaya atau tidak, anak-anak juga mengalami stress dan kemurungan. Sehubungan itu terdapat panduan untuk membantu anak-anak mengatasi tekanan yang dihadapinya.

1. Kebolehan Berbe2a

Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbe2a. Jika anak-anak tidak  menunjukkan minat kepada sesuatu., jangan memaksanya. Cari sesuatu yang membuat dia minat. Cara ini tidak memberi tekanan kepadanya.

2. Komunikasi

Ia adalah cara terbaik untuk mengetahui apa yang diingini oleh anak-anak. Biarkan mereka luahkan isi hati mereka serta ketidakpuasan hati mereka. Dengan ini anak-anak tahu melalui komunikasi mampu memberinya peluang membuat pilihan.

3. Beri tanggungjawab

Sediakan tugasan untuk mengajar anak-anak merancang dan menyusun kerja. Sekaligus mengajarnya mengawal tekanan yang dihadapinya. Inilah masanya menunjukkan pencapaian yang boleh dia capai.

4. Lawak jenaka

Ajar sikecil untuk mengatasi masalah secara positif. Tidak salah jika menjadikan lawak jenaka sabagai satu cara melupakan kebimbangan dalam dirinya. Sekaligus mengelak anak  ini menjerit dan membuat ragam.

 

 

 


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.