• Info PetuaNenek

Hilangkan Kotoran Tirai Mandi

Posted on May 30, 2010 in Lain-Lain Petua by nenek

Setelah beberapa lama digunakan, tirai mandi kain kapas atau kanvas yang menlindungi ruang pancuran dan tab akan kelihatan kotor. Jangan tergesa-gesa membuang tirai tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Sebaliknya tirai ituboleh dibersihkan dengan menggunakan air panas dan sabun, kemudian sidai sehingga kering.

Related posts

  • Perabut Kayu Nampak Baru
  • Perabot Rotan Kekal Berseri
  • Petua Basuh Pinggan
  • Petua Menghilangkan Jerawat Muka
  • Petua Menghilangkan Bintik Hitam
  • Hilangkan Parut Jerawat
  • Mudahnya Menjaga Kuku

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Petua Basuh Pinggan

Posted on May 29, 2010 in Petua Kebersihan, Petua Perkakas Rumah by nenek

Tepung Sebagai Pengganti Sabun

Memcuci pinggan mangkuk tidak semestinya menggunakan sabun pencuci sahaja. Anda juga boleh menggunakan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air lalu digosok kepada pinggan dan bilas. Cara ini amat berguna ketika anda kehabisan sabun pencuci di waktu kecemasan.

Related posts

  • Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan
  • Hilangkan Hanyir Ayam
  • Menghilangkan Bau Ketiak
  • Oren/Orange
  • Elak Percikan Minyak Ketika Menggoreng
  • Perabot Rotan Kekal Berseri
  • Atasi Kulit Berkedut

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Petua Untuk Bahagia

Posted on May 28, 2010 in Lain-Lain Petua, Petua Rumahtangga by nenek

Tinggalkan sifat PEMARAH

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Tinggalkan sifat PENDENDAM

Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Tinggalkan sifat HASAD DENGKI

Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Tinggalkan sifat BAKHIL

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tinggalkan sifat TAMAK

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tinggalkan sifat TIDAK SABAR

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Tinggalkan sifat EGO

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Tinggalkan sifat RIAK

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Related posts

  • Petua Rumahtangga Bahagia
  • Petua Untuk Mudah Tidur
  • Berjalan
  • Mengurangkan Punca Kanser
  • Kurma Bukan Sekadar Pembuka Puasa
  • Petua Dapat Anak(ikut jantina)
  • Petua Jaga Mata Palsu

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Perabot Rotan Kekal Berseri

Posted on May 27, 2010 in Petua Perabot Rumah by nenek

Pasti ada di antara kita yang menggemari perabot rotan, tetapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk memastikan agar perabot rotan sentiasa kelihatan berseri. Di sini petuanya. Cuci perabot dengan air sabun , kemudian bilas dengann air bercampur cuka. Lap perabot dengan kain
yang lembut sehingga kering.

Related posts

  • Petua Menghilangkan Jerawat Muka
  • Hilangkan Kotoran Tirai Mandi
  • Petua Basuh Pinggan
  • Mudahnya Menjaga Kuku
  • Perabut Kayu Nampak Baru
  • Petua Hilangkan Kelemumur
  • Elakkan Sotong Kejut Ketika Dimasak

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Petua Anak Bijak Pintar Dengan Ransangan

Posted on May 26, 2010 in Petua Kehamilan, Petua Untuk Baby & Anak2 by nenek

Ransangan Bunyi

Rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.

Sentuhan

Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.

Muzik

Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.

Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.

Petikan dari Majalag Pa&Ma

“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them”

R. Buckminster Fuller

Related posts

  • Masalah Bayi Sembelit
  • Kesihatan Gigi Perlu Dijaga
  • Mata Terang
  • Demam Kuning atau Jaundice Kepada Bayi
  • Tip Anak Cergas 2
  • Tip Lindungi Anak Di Kamar Tidur
  • Petua Kesihatan Gigi

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam

Posted on May 25, 2010 in Petua Kecantikan Wajah by nenek

Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.

Petuanya adalah seperti berikut;

  1. Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
  2. Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
  3. Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
  4. Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
  5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
  6. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
  7. Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur.

InsyaAllah. Kulit anda akan tegang dan licin serta putih secara semulajadi. :)

Related posts

  • Petua Melicinkan Kulit Lagi
  • Kulit Sentiasa Tegang
  • Melicinkan Kulit
  • Mencantikkan Kulit Muka
  • Memutihkan Kulit Muka
  • Merangupkan Ayam Goreng
  • Petua Memilih Ayam Segar

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
2 Comments »

Kesihatan Gigi Perlu Dijaga

Posted on May 24, 2010 in Petua Kehamilan by nenek

Sebelum hamil

Kata orang-orang tua, setiap kali mengandung, ibu akan hilang sebatang giginya. Kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Jika ibu hamil mengamalkan penjagaan gigi yang baik, sudah tentu isu gigi hilang dapat dihindari. Oleh kerana itulah, mana-mana wanita yang mengalami masalah gigi sewaktu hamil perlu tahu ia berlaku akibat kesalahan diri sendiri. Sebenarnya masalah berkaitan gigi sewaktu hamil berlaku kesan pengabaian penjagaan gigi sebelum hamil lagi.

Puncanya sebelum hamil

Sekiranya sebelum hamil anda tidak menitikberatkan penjagaan kesihatan gigi, masalah gigi yang sedia ada akan jadi lebih teruk setelah hamil. Ini kerana kestabilan hormon dalam badan berubah sewaktu hamil. Perubahan yang berlaku menyebabkan gusi sangat sensitif terhadap karang gigi yang sememangnya sedia wujud.

Setelah hamil, tindak balas antara hormon dan karang gigi menyebabkan gusi bengkak. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah sebegini menyalahkan hormon sebagai penyebabnya. Namun, hakikatnya karang gigi adalah penyebab utama gusi menjadi bengkak.

Jadi, apa-apa sahaja masalah yang berlaku pada gigi sewaktu hamil berpunca daripada karang gigi dan tabiat buruk sebelum hamil. Jika keadaan gigi sebelum hamil bersih dan tiada karang gigi, perubahan hormon tidak berupaya menyebabkan gusi menjadi bengkak. Untuk itu, anda digalakkan melakukan pemeriksaan gigi yang kerap bagi mengekalkan keadaan gusi sihat yang optimum.

Pregnancy tumor
Masalah ini selalu terjadi pada kawasan yang ada banyak karang gigi. Kawasan yang terlibat boleh membengkak sehingga membentuk tumor. Sekiranya masalah ini terjadi,  dapatkan rawatan doktor segera.

Dalam sesetengah keadaan, bengkak yang dialami akan surut selepas dicuci. Namun, ada juga yang perlu menjalani pembedahan. Cucian sahaja tidak mencukupi sehingga bahagian terlibat terpaksa dipotong.

Apabila hormon kembali stabil, masalah ini akan hilang. Namun, ia tetap perlu diberi rawatan kerana anda mungkin tidak selesa berhadapan dengan masalah ini terutamanya apabila makanan ataupun berus gigi tersentuh bahagian berkenaan, kawasan tersebut akan berdarah.

Kesan pada kandungan
Salah satu masalah kesihatan gigi yang boleh meninggalkan kesan kepada kandungan ialah periodontitis. Masalah ini terjadi apabila kesemua struktur sokongan gigi bengkak sehingga bernanah.

Apabila berlaku jangkitan, ada kajian membuktikan bahawa badan akan membentuk prostaglandin iaitu sejenis asid amino. Jika terlalu banyak prostaglandin terhasil, ia akan menyebabkan otot mengecut. Ini sekali gus boleh menyebabkan anda mengalami kontraksi awal sehingga boleh melahirkan anak pra matang. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi kurang berat badan.

Kajian berkenaan juga menunjukkan ramai ibu yang menghidap periodontitis mengalami pre eklampsia. Jika ini berlaku, anda mungkin ditahan di hospital dan perlu dipantau setiap masa. Ini bagi mengelakkan kes bayi lahir pra matang.

(more…)

Related posts

  • Petua Kesihatan Gigi
  • Panduan Menghadapi ‘Morning Sickness’
  • Vitamin C
  • Anemia
  • Petua Memutihkan Gigi
  • Masalah Bau & Keputihan Berlebihan
  • Demam Kuning atau Jaundice Kepada Bayi

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »
Previous Page Next Page
  • Ads

    Mas Kahwin
    Senang Hamil
    Rahsia Anak Pintar
    Mentor Jutawan
    Tudung Online
    Rahsia Mudah hamil
    Syurga Rumahtangga
    Lulus Kerja Kerajaan
    Berhenti Merokok
    Pertolongan Cemas
    Untung Perniagaan
    Doa Pengasih
    Petua Seks Suami Isteri
     Pakej Video Blog
  • Pelawat Sejak 6hb Okt 2009


  • Kategori

    • Lain-Lain Petua
    • Petua Ayat2 AlQuran
    • Petua Barang2 Elekrik
    • Petua Buah-buahan
    • Petua Hiasan Dalaman
    • Petua Jagaan Mata
    • Petua Kebersihan
    • Petua Kecantikan
    • Petua Kecantikan Wajah
    • Petua Kehamilan
    • Petua Kerjaya
    • Petua Kesihatan
    • Petua Kurus & Langsing
    • Petua Masakan
    • Petua Masakan Ayam
    • Petua Masakan Daging
    • Petua Masakan Ikan
    • Petua Masakan Nasi
    • Petua Masakan Sotong
    • Petua Masakan Udang
    • Petua Perabot Rumah
    • Petua Perkakas Rumah
    • Petua Rumahtangga
    • Petua Sayur-sayuran
    • Petua Untuk Baby & Anak2
    • Petua Untuk Lelaki
    • Petua Untuk Perempuan
    • Sunnah Rasulullah
    • Supplements
  • Petua Terbaru

    • Masalah Rambut Nipis
    • Kurangkan Gemuk
    • Kurma Bukan Sekadar Pembuka Puasa
    • Awek Muda dan Tidur Nyenyak
    • Khasiat Pisang/Banana
    • Menurunkan Berat Badan
    • Petua Hidup Sihat Tanpa Ubat
    • Petua Seks Suami Isteri
    • Buah Manggis dan Khasiatnya
    • Petua Menghilangkan Bintik Hitam
  • Komen Terkini

    • kirana on Memutihkan Kulit Muka
    • kirana on Mencantikkan Kulit Muka
    • maira on Mengempiskan Perut
    • maira on Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan
    • pening on Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam
  • Arkib

    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
  • Tags

    anak anak pintar antioksida baby food bahagia bedak sejuk beras bersalin betik buah cancer darah fiber fosforus gigi gula halia jantung kalsium kambing kanser kayu manis keluarga kurma madu magnesium mineral nangka pisang potasium protein rambut salt sembelit senaman sireh sugar telur tidur vegetables vitamin A vitamin B vitamin c vitamin D zat besi
  • Pautan

    • Asida.net
    • CAKAP.Net
    • Dunia Perkahwinan
    • InfoSihat.gov.my
    • Koleksi Cinta
    • Lubuk Petua Warisan
    • PanduanHarian
    • Tips Kerjaya
  • Petua Popular Hari Ini

Petua Terkini

  • Masalah Rambut Nipis
  • Kurangkan Gemuk
  • Kurma Bukan Sekadar Pembuka Puasa
  • Awek Muda dan Tidur Nyenyak
  • Khasiat Pisang/Banana
  • Menurunkan Berat Badan
  • Petua Hidup Sihat Tanpa Ubat
  • Petua Seks Suami Isteri
  • Buah Manggis dan Khasiatnya
  • Petua Menghilangkan Bintik Hitam
  • Kalendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Mengenai Nenek

    Seorang insan yang suka berkongsi petua orang tua-tua dahulu dan mengamalkannya selagi ianya mendatangkan kebaikan. Khususnya di dalam kesihatan dan kebahagiaan diri dan keluarga.Anda dialu-alukan untuk berkongsi petua kepada pembaca yang lain dan juga saya. Terima Kasih.