Elak Bau Hamis Daging Kambing
![]()
Kambing : Goat
Daging kambing memang sedap jika dibuat gulai atau kari. Dagingnya agak hamis sedikit baunya dan boleh menghilangkan selera untuk menikmatinya. Untuk itu, bagi menghilangkan bau hamis ini, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air. Kemudian toskan. Curahkan air yang ditos tadi diatas daging dan ramaskan. Biarkan sekejap dan bilas beberapa kali. Tumbukkan sedikit halia dengan bawang putih dan perapkan pada daging seketika. Kemudian cuci bersih dan masak seperti biasa.
Jom Slim dan Sihat dengan cara yang mudah dan selamat

Jom jenguk kedai kami - Pelbagai Cadar Pilihan!




































