Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Rawatan Laser Kurangkan Kesan Rekahan Kehamilan

3
Posted January 3, 2011 by nenek in Petua Kehamilan

Rekahan kulit ketika hamil

Peningkatan berat badan yang turun atau naik secara mendadak sering kali menyebabkan rekahan kulit. Rekahan ini akan bertambah seiring pembesaran bayi dalam kandungan. Kebiasanya kulit-kulit merekah ini mula kelihatan apabila usia kehamilan memasuki bulan kelima. Wanita yang berisiko untuk mengalami kesan kulit merekah adalah wanita yang kurang elastik kulitnya.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh;

Sapukan kulit dengan minyak zaitun, krim khusus atau minyak bayi setiap kali selesai mandi dan sewaktu hendak tidur. Perlu diingat, tidak ada krim atau minyak tertentu yang dapat menghilangkan tanda-tanda rekahan ini.

Ini kerana krim atau minyak hanya akan melembutkan kulit daripada luar namun tidak dapat mengubah kelenturan di bawah permukaan kulit. Seeloknya, sebelum menggunakan apa jua krim dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya iritasi pada kulit.

Selalunya selepas berlakunya rekahan kulit warna-warna kemerahan yang timbul akan pudar sedikit demi sedikit. Ia akan meninggalkan bekas berupa garis-garis berwarna keperakan. Keadaan ini akan dapat dilihat beberapa bulan setelah anda melahirkan bayi.

Rawatan Laser Kurangkan Kesan Rekahan Kehamilan

Mei 2010, Kumpulan Perubatan Harley melancarkan rawatan laser  di Britain, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan menawarkan penyelesaian rekahan kulit itu bermula dengan harga $200 (RM).

Rawatan laser ini mengurangkan garisan putih hingga 75 peratus.

“Lapan daripada 10 wanita mempunyai kesan rekahan dan masalah itu juga berlaku kepada lelaki. Walaupun terdapat krim namun ia tidak memberikan hasil yang ketara.”

Selain ibu muda, wanita berumur lewat 50-an juga mndapatkan khidmat itu bagi meremajakan kulit.

sumber: Journal Kesihatan


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

3 Comments


  1.  
    asmahalimah

    testimoni…tu menakjubkan…buatan tempata ke…kalau nak pengedar macamana..tq




    •  

      laser ni cth artikel. Saya pun tak tak tahu dimana ada di Malaysia ni. ;). Yang saya tekankan adalah petua traditional tersebut.




  2.  
    asmahalimah

    testimoni tu menakjubkan..macam mana nak dapatkan….





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.