Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tanda-Tanda Hamil

89
Posted March 9, 2011 by nenek in Petua Kehamilan

Apabila merancang untuk hamil, pastikan pengambilan asid folik anda mencukupi. Bukan saja melalui tablet tetapi juga memlalui sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sitrus. Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah (morning sickness).
  • Anda mungkin mengalami perut kembung.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.

Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.

Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.

Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagaimorning sickness. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

Satu lagi tanda kehamilan yang biasa iailah perut kembung. Ada juga wanita mengalami masalah perut kembung sepanjang haid. Sakit belakang, kerap buang air, kepanasan dan kekejangan kaki juga tanda kehamilan yang biasa.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan Kehamilan

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.

———————————————————————————————————————–

Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Kalau berminat sila sms item dan nama ke 012-3312030

Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja,  dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)

 



loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

89 Comments


 
 

  1.  

    slm..sya ingin bertanya..jika seseorang itu belum baligh,adakah dia boleh mengandung jika bersetubuh?tolong jwb…




  2.  

    Assalamualaikum….
    sy tgh konfius sy pregnant @ x..haid lmbt,sakit pinggang,baru ja lega demam 2 minggu,sllu ja loya tp xmuntah pun n payudara rasa sakit..




  3.  

    salam. Saya dah berkwin selma setahun.. Blan lps saya dtg bulan 10.6.. Bln nie xdtg. Ble wt ujian air kncing negatif.. Tp payudara saya keras. Perut kembung n macam keras. Adakah saya hamil? Mcmne nak tau kye hamil selain check up mgnakan pregant test?




    •  

      Wasalam, boleh terus berjumpa doktor. takut hanya perut kembung or peranak menurun.

      Para wanita berkahwin atau masih dara digalakkan untuk mengurut bahagian perut. Biasanya kalau bahagian bawah pusat mengeras adalah kerana peranakan turu, masalah kecik.. ia boleh dinaikkan setelah mengurut.




  4.  
    zila

    salam….sy nak tny…sy pernah bersetubuh dgn suami sy pd hari ke-5 sy period…tp pd ms itu darah sudah tidak keluar…ada potensi untuk mngandung ke?lagi satu,dr bahagian bawah pusat sy hingga ke bawah sakit sangat..rs sakit tu seperti rs sakit membengkak…sy cuba masuk kn jari dan sy rs kn seperti ada ketulan sbesar duit syiling 20 @ 50 sen…need ur answer…




    •  

      Wasalam

      kalau keadaan begitu biasanya disebabkan darah haid yang tak habis turun sis. Boleh cuma amalkan jamu seri bonda yang diiklan di sini. Ia merawat masalah haid tak habis, juga masalah2 dalaman wanita.




  5.  
    mia

    askummmm klu tanya jawapan bls cpt atau lmbat




  6.  

    klo rasa2 ngilu2 kt rahim adkh itu mnandakn mgandung..atau sebb lain???




  7.  

    nenek,masalah sy pulak..selalunya ari ketiga period darah bnyk lg,tpi bulan nie ari ketiga darah setitik je..2 ari sebelum pariod sy ade bersama gan suami sy..adekah tanda-tanda sy mgandung.?????????




  8.  
    ewa

    saya nak tanye, kenapa saya ras tertekan dengan kehamilan kali ke dua saya, saya sering cepat marah ..terutama jika anak saya yang petama (perempuan) sering membuat saya marah,ada satu tahap sampai hilang pertimbangan..sebelum ni saya boleh sabar..mintak nasihat…




    •  

      Hormon mengandung begitu dear, Banyakkan istiqfar dan membaca al-Quran.
      Ataupun mainkan mp3 bacaan ayat2 suci di dalam rumah sepanjang masa.

      Bila hati tenang dengan ayat suci tersebut, insya-allah hasutan syaitan utk membangkitkan perasan marah itu tidak sama sekali berkesan lagi .

      Janganlah menghukum si kecil anda yang tidak tahu apa2 itu, disebabkan kelemahan diri anda menahan godaan amarah syaitan itu. Lagipun bila anda marah, sedikit sebanyak anda mengajar bayi dalam kandungan anda itu berkelakuan begitu yg panas baran.




  9.  

    assalamualaikum… sy berkahwin 2 bulan lepas.. sy dah period on time slama 5 hari tapi selepas putus haid, pada hari ke 12 ada secalit darah dah sy ada rasa sakit perut seperti period pd hari tersebut.. ada rasa sakit belakang.. adakah sy hamil?




  10.  
    Linda

    Sy nak tanya sy g urut.. Bidan ckp dah ade isi..cek une upt negatif..g scan doktor ckp x ngandung..mane satu agaknye betul..bukan ape senang nak jg kesihatan




  11.  
    jaja

    salam nenek….
    saya jaja,saya wat upt -ve tp mak bidan ckap dah da isi…kompius….period plak tak teratur slalu 7 hari skrg 5 hari jew…selalu lewat smgu….saya br kwen 3bln…




  12.  
    zuliazam

    Salam…..saya hdk brtnya priod saya 2/9,
    3/10 saya tdk dtg haid lg..tpi bdn saya rasa cm
    org hamil..sakit pinggang dh 2 3 hari dh..letih
    penat,bt kerja rumah mlas..suka tidor…perut pn
    Rasa besar pn..saya dh beli tmpt test hamil tu..
    boleh tak pagi 3/10 tu saya cuma test khamilan tu..
    sbb saya bru lwt shri..adakah akan positif?




  13.  
    zuliazam

    Salam…saya ingin brtnya,klu kita lewat priod
    Shri pun..boleh kah ujian test tu akn brkesan..
    Haid saya 2/9….skrg sdh 3/10..klu lwt sehri
    saya priod…boleh kah saya cek ujian test kmahilan
    pagi 3/10 tu..adakah tepat pada wktu tu..sbb saya
    rasa mcm sdh hamil…




  14.  
    zuliazam

    Salam…sya igin brtnya,priod saya lewat dh
    4hri..bulan lepas saya priod 2/11,bln ni 2/12
    xmai lg pn priod..dh lwt 4 hri..bila saya bole cek
    Dngn alat test tu..knapa perut saya cm kembung
    je ni..dri smlm lg..priod saya teratur..klu saya cek pagi
    Esok,adakah akan ada dua line ye..




  15.  
    zuliazam

    Salam waktu tepat kita cek ujian air kncing
    tu bila ye..tarikh 2/12 spatutnye dtg priod..
    Tpi priod xmai lg pn..ni 5/12 xmai lg.nk tggu
    Lg berape hri nk cek alat test hamil tu..slewat²
    nye berape hri..




  16.  
    nurazlina

    slm.nenek….wktu saya period pda 24 haribln/ tetap…tpi last period tggl24/11/… bln 12 blm lgi dtg…wajarkah saya p klinik buat pemeriksaan ..bab tanda2 d ats sya da ada..adakah tu menandakan hamil.




  17.  
    asmara

    salam,nenek sya nak tnya sikit boleh x,?tlong diblas dgn cpat ye.,sya brsentuhan dgan suami sya pada 26/12 ,.pada 1/1 sya rasa loya dan mutah/mual,letih n rasa nak tidur jer,,2/1 perut sya start kembung ,ada kah itu tnda sya sdang pregnant?tlong jawab dgn cpat ye..




  18.  
    haniss

    As salam nenek harap dpt membalas pertnyaan sy. Sy nk tnya sy las period 27/12/2014.. tp kelmarin payudara sy ada keluar susu tp berwarna putih jernih.. bila sy pegang dia likat melekit.. adakah itu tanda2 hamil? Badan sy seram sejuk batuk2..




  19.  
    rina

    hai. saya ingin bertanya. jika melakukan hubungan intim buat kali pertama. selepas melakukan ny pada isok hari ny kaki dah badan saya rasa tidak enak. tak seperti biasa ny.




  20.  
    CIK RARA

    Salam Nenek, saya nak tanya , saya sekarang dah lewat 12 hari dari tarikh sepatutnya period.
    Period saya memang tak teratur semenjak mengamalkan injection 3bulan sekali . Pernah juga saya lewat shingga 12hari tapi hari ini masih tak keluar darahnya. Adakah kemungkinan besar saya mengandung?? Saya ada perasan ada lendir yang keluarr , badan saya pun kerap letih. Kenapa ye :'(




  21.  
    anis

    tumpang tnya,,kebelakangan ni sya rsa xsedap bdan..rsa pnat dan leleh..
    rsa ada mual tpi xmuntah pun..apabila sya baring skejap dan terus bngun sya
    akan rsa pitam dan berdiri skjap untuk legakan rasa pitam tu..lgi stu,,beberapa hri ni di dalam prut sya jga ada sesuatu bgerak..rsa ada bnda yang dicucuk..tpi xsakit,,cma xselesa je..
    adakah sya hamil????




  22.  
    ana

    assalam nenek , sy nak tnya soalan . sy lewat dpt bulan dah 6hari . bulan lepas sy last period 6.9.2015 . pagi tadi sy buat urine test tapi -ve . tak smpai 2 jam tiba2 keluar darah . sy nak tnye samada , darah ni darah haid atau boleh jadi darah implantasi ? selalunya sy period on time . kalau lewat pun 1-2 hari je . perut sy memang rasa kembung , kerap kencing , sakit pada bahagian buah dada tapi minggu lepas . skrg ni sakit sikit kadang2 rasa kadang tk .




  23.  

    askum sy ida sy nk tnyelah kalau sy hamalkn jamu nenek nie bley x sy hamil




  24.  

    Wasalam

    Insya-Allah. Orang2 yang sabar akan selalu di kasihi Allah.

    Aminn.




 
 



Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.