Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


HILANGKAN BAU REBUNG

0
Posted April 28, 2012 by nenek in Petua Masakan

Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan, cuba petua ini.

Campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung.

Cara ini juga menjadikan masakan rebung anda bertambah
enak.

Petikan: Majalah Rasa

 

Rebung Tinggi Serat

Rebung memang layak dipilih sebagai sumber serat pangan [serat diet atau dietary fiber]. Berdasarkan penyelidikan mendapati kandungan seratpada rebung sangat baik, iaitu 2.56 persen, lebih tinggi bila dibandingkan dengan jenis sayuran tropika lainnya, seperti keladi (1.27 persen), pecay (1.58),  timun (0.61), dan sawi (1.01).

Serat pangan, kandungan dalamnya berbentuk karbohidrat kompleks yang banyak terdapat pada dinding sel tanaman pangan. Serat pangan tidak dapat dicerna dan diserap oleh saluran pencernaan manusia, tetapi berfungsi penting bagi pemeliharaan kesihatan, pencegahan penyakit, dan sebagai komponen penting dalam terapi gizi.

Perlu diingat kembali bahawa kurangnya komposisi serat dapat menyebabkan timbulnya penyakit ala masyarakat Barat, seperti aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah), yang selanjutnya boleh menyebabkan penyakit jantung koroner (PJK), diabetes, hiperkolesterol (kelebihan kolesterol), hipertensi, hiperlipidemia (kelebihan lemak), atau kanser kolon (usus besar).

Selain serat, kandungan utama dalam rebung mentah adalah air, iaitu sekitar 91 persen. Rebung mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, iaitu 533 mg per 100 gram rebung.

Petikan: CBN Portal


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.