Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Buah Manggis dan Khasiatnya

0
Posted June 5, 2010 by nenek in Petua Masakan

Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

Khasiatnya:

Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Ia sangat sesuai sebagai minuman kesihatan setiap hari. Hanya 60ml sehari.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.

Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

Petikan dari Wikipedia


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.