Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Kelapa Muda MengurangkanPanas dalam badan dan Kencing Tidak Lawas

0
Posted February 15, 2017 by nenek in Petua Masakan

Apabila anda dihinggapi sakit panas dalam badan, tekak akan terasa dahaga dan bibir pecah-pecah. Bahayanya jika sakit ini menyerang kepala. Kepanasan dalam badan boleh diatasi dengan mengambil khasiat buah Kelapa Muda.

Cara-caranya:

Sebiji kelapa muda yang masih hijau dan diambil bersama sebiji telur ayam kampung. Campurkan kedua-duannya dan dikacau. Kemudian minumlah ketika sinar matahari sedang terik. Insya-Allah kepanasan badan anda berkurangan.

Manakala untuk masalah kencing tidak lawas, buah kelapa muda juga boleh dijadikan penawar.

Cara-caranya:

Ambil sebiji kelapa muda dan ditebuk untuk diminum. Sebelum meminumnya, bacalah Bismillah dan selawat sebanyak tiga kali sekadar nafas. Jika tidak berkesan, anda dipercayai memiliki penyakit batu karang atau sakit buah pinggang.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.