Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan

1
Posted April 3, 2009 by nenek in Petua Masakan

Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.

Selain halia, ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkannya pada tangan. Kemudian di bilas.

Selain itu juga, Asam Jawa juga boleh digunakan. Air asam jawa pekat hendaklah dicampurkan dengan ikan. Kemudian direndam lebih kurang satu jam. Kemudian barulah dibasuh dengan air biasa.

Hanyir Ikan Sungai

Rendamkan ikan yang telah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama 10 minit, dan dibilas dengan air biasa. Kemudian barulah dimasak.

Hanyir Ikan dan Makanan Laut

Selain Asam Jawa, tepung gandum boleh juga digunakan. Caranya tepung diperap dengan ikan selama 10 minit sebelum dimasak. Seluruh hirisan atau badan ikan tersebut mesti dibaluti tepung.

Hanyir Ikan Darat (Air Tawar)

Beberapa daun serai dan sedikit asam jawa diramas dan digaul bersama ikan. Perapkannya beberapa minit dan kemudian dibilas dengan air biasa.

Untuk menghilangkan lendir ikan air tawar ini juga, sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci dengan air bersih.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

One Comment



Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.