Petua Hentikan Anak Menghisap Ibu Jari
0
Posted
February 12, 2011 by nenek in
Petua Untuk Baby & Anak2
sumber : Pak Ngah
Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun. Menghisap ibu jari akan menjadi satu masalah jika tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.
Apakah kesan menghisap ibu jari?
Tabiat menghisap ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan :
1. Gigi Jongang
2. Masalah Gigitan
3. Gigitan Terbuka – gigi kacip di rahang atas dan bawah tidak rapat
PETUA
- Balut ibu jari.
- Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
- Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
- Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
- Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat permainan
- Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
loading...