Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Mencegah Cacing Kerawit

0
Posted January 6, 2017 by nenek in Petua Untuk Baby & Anak2

Biasanya kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun akan dijangkiti cacing kerawit. Bahagian duburnya terasa gatal dan keluar cacing. Setengahnya merasa ketakutan ketika hendak berak kerana keluar cacing yang besar dan panjang. Pesakit tidak berselera makan dan selalu menangis. Badanya kurus, lemah dan wajah mukanya pucat. Daun Jarak Pagar merupakan tumbuhan alam yang boleh mencegah masalah cacing kerawit.

Cara-caranya ialah:

Beberapa helai daun jarak pagar dan dipanggang sehingga rapuh. Kemudian ramas-ramas dan direbus sehingga mendidih. Setelah panas suam, berilah minum untuk kanak-kanak itu. Bila dia membuang air besar, semua cacing kerawit akan keluar berserta sarangnya.

 

 

 

Tanda-tanda jangkitan cacing pada kanak-kanak:
Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
Gatal sekitar lubang najis (dubur)
Alahan terhadap makanan Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam Tiada selera makan, pucat, Kurang berat badan walaupun selera makan ada Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
Hiperaktif Sakit kepala
Sensitif terhadap cahaya
Gusi & hidung berdarah
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma
Kurang selera makan Abdomen yang kembung

Cacing-cacing ini akan mengambil zat nutrien makanan yang di serap ketika makan dan menyebabkan tubuh kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak cepat menjadi penat dan perkembangan fizikal mereka terganggu. – Sumber dari Blog Mommy Fayyadh

 


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.