Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Mengenal Perkembangan Bayi

0
Posted May 14, 2011 by nenek in Petua Untuk Baby & Anak2

Jangan risau jika anak anda setahun masih belum berjalan, sedangkan anak jiran anda yang sebaya sudah mampu berlar ke sana sini. Ini kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai ‘jadual yang sama’ dalam tumbesarannya.

Kemahiran motor terbahagi kepada 5 kategor;

  1. Kemahiran motor seperti merangkak dan berjalan
  2. Kemahiran motor yang halus seperti menyusun blok atau mewarna
  3. kemahiran berbahasa seperti bercakap dan menyambung perkataan dalam ayat
  4. Kemahiran berfikir
  5. Kemahiran bersosial

Disini panduan jadual pembesaran bayi. Ia sebagai rujukan. Jika anak anda lewat tetapi dalam jangka masa normal, anda tidak perlu risau. tapi jika terlalu lewat, sebaiknya anda berjumpa doktor bagi memastikan keadaan kesihatan anak anda seterusnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut.

Panduan Jadual Pembesaran Bayi

2 Bulan

– Senyum bila mendengar suara ibu

3 Bulan

-Mengangkat kepala dan dada apabila berbaring, mengangkup, mencapai objek dan tersenyum pada orang lain selain ibu

4 Bulan

-Bercakap dalam bahasa sendiri (babbles), ketawa dan cuba meniru bunyi-bunyi yang didengarinya

6 Bulan

-Berguling atau memindahkan satu objek daripada tangan kiri ke tangan kanan atau sebaliknya

7 Bulan

– Respon apabila namanya dipanggil

9 Bulan

-Duduk tanpa bantuan dan merangkak

12 bulan

-Berjalan tanpa atau sokongan orang lain. Boleh menuturkan sekurang-kurangnya satu perkataan. Mangajuk orang lain bercakap

18 Bulan

– Berjalan tanpa bantuan orang lain, minum daripada cawan, menutur sekurang-kurangnya 15 patah perkataan

2 Tahun

– Berlari, mengabungkan 2 perkataan dalam satu ayat, mematuhi arahan yang mudah

3 Tahun

-Menggunakan pelbagai perkataan dan satu ayat, boleh mengenal objek berdasarkan perbe2aan warna dan bentuk

4 Tahun

– Boleh berinteraksi dengan orang lain selain ahli keluarga. Melukis bulatan dan empat segi, boleh menunggang basikal roda 3.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.