Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Merawat Anak Menangis Malam

0
Posted July 2, 2012 by nenek in Petua Untuk Baby & Anak2

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a’uzu bi rabbinnas dan Qul a’uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma’ Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

Petikan soaljawab Dato’ Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.

Antara sebab mengapa anak menangis malam ialah

1. Mereka lapar.Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.

2. Mahu dimanjai. Ibubapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu. Walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka

3. Masih bertenaga. Anak yang banyak tidur disiang hari mahu bermain ketika malam sedangkan ibubapa sudah kepenatan kerana berkerja sepanjang hari. Dengan itu, Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang.

4. Mereka kepenatan. Perjalanan yang jauh mengakibatkan mereka merasa penat, walaupun kelihatan mereka tidur semasa perjalanan.

5. Suhu Bilik. Di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak selesaan. Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.

6. Lampin bayi. Perhatikan lampin baby tidak basah sehingga menyebabkan mereka tidak selesa.

7. Mood Ibubapa. Ia juga mempengaruhi mood bayi mereka. Ahli psychology kanak-kanak berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan.

Jadi sebelum bergegas membawa bayi kita ditengah malam berjumpa doktor, elok juga jika kita mempelajari dan mempraktikkan apa yang kita ketahui.

Petikan dari Dr Zubaidi.com


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.