Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tips Anak Mudah Membaca

0
Posted May 30, 2010 by nenek in Petua Untuk Baby & Anak2

Pilih Buku Sesuai Dengan Tabiat Anak

Sering saya mendengar keluhan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang hanya baca sesebuah buku sekali sahaja dan kemudian tidak ambil peduli lagi dengan buku-buku tersebut. Hasrat untuk menggalakkan anak membaca seakan terbantut, kerana jika ingin anak-anak terus membaca maka mereka perlu menyediakan bahan bacaan baru secara kerap. Ini tentunya memberikan sedikit tekanan dari segi kewangan kepada sebahagian daripada kita.

Ada pula anak-anak kita yang suka membaca sesebuah buku lagi dan lagi, adakalanya sehingga hampir lunyai buku tersebut. Kita sebagai ibu bapa tentunya terasa berbaloi sungguh dengan pelaburan yang dibuat.

Kita sebagai ibu bapa perlu mengenal pasti tabiat dan minat membaca anak-anak dengan memerhatikan perilaku mereka terhadap buku. Dengan mengetahui cara mereka ini maka kita boleh menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan tabiat dan minat mereka, dan memastikan pelaburan yang kita buat benar-benar bernilai.

Buat anak-anak yang kurang gemar mengulang sesebuah buku, bahan bacaan seperti majalah berpendidikan kanak-kanak (contohnya Majalah Aulad dan Celik) yang diterbitkan secara berkala merupakan pilihan yang ideal untuk mereka. Dengan melanggan majalah-majalah ini anak-anak akan mendapat bahan bacaan baru secara tetap setiap bulan (pada kos yang rendah), seraya terus membakar minat mereka untuk terus membaca.

Buat anak-anak yang suka membaca buku berulang kali pula, dapatkan buku-buku yang lebih berisi seperti kompilasi cerita-cerita pendek, buku panduan dan motivasi, atau novel ringan untuk kanak-kanak. Bacaan berulang membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang kandungan buku tersebut atau meningkat/mengekalkan motivasi diri.

Pun begitu ibu bapa perlulah sesekali mempelbagaikan bahan bacaan agar mereka tidak terlalu terikat kepada satu genre bacaan sahaja, dan mendedahkan mereka kepada sumber ilmu yang lebih pelbagai.

Buatlah Pilihan Bijak…!!!

Ehsan: AdikBijak.com

Majalah Aulad (Langganan 12 Bulan)
Penerbit: Aras Mega Sdn. Bhd.

Harga : RM48.00
Kesesuaian Usia: 4+

Majalah berkonsep Islam yang mendidik kanak-kanak ke arah pembentukan jati diri, keluhuran budi pekerti dan kecergasan minda. Dipersiapkan oleh para pendidik yang mengenali dunia kanak-kanak. Majalah AULAD sangat sesuai sebagai bahan bacaan tambahan di tadika dan di rumah.

Maklumat Tambahan:

* Sehelai T-Shirt diberikan PERCUMA dengan langganan 12 bulan ini
* Harga jualan yang ditunjukkan adalah termasuk kos pengeposan
* Tempahan majalah AULAD hanya diterima bagi kiriman ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja
* Bagi tempahan yang diterima pada atau sebelum 20 haribulan, kiriman pertama majalah akan bermula pada bulan berikutnya

Majalah Celik (Langganan 12 Bulan)
Penerbit: Aras Mega Sdn. Bhd.

Harga : RM60.00
Kesesuaian Usia: 7+

Majalah pendidikan meliputi moral, sains, sejarah, geografi, jawi, bahasa Inggeris dan alam sekitar. Terdapat juga komik, cerita nasihat, fabel dan permainan yang menyeronokkan. Majalah CELIK sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi murid-murid tahap dua di sekolah rendah.

Maklumat Tambahan:

* Sehelai T-Shirt diberikan PERCUMA dengan langganan 12 bulan ini
* Harga jualan yang ditunjukkan adalah termasuk kos pengeposan
* Tempahan majalah CELIK hanya diterima bagi kiriman ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja
* Bagi tempahan yang diterima pada atau sebelum 20 haribulan, kiriman pertama majalah akan bermula pada bulan berikutnya


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.