Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tips Menu Tepat Anak Berpuasa

0
Posted July 21, 2013 by nenek in Petua Untuk Baby & Anak2

makanan anak

Syukurlah jika anak anda sudah belajar berpuasa. Walaupun tidak diwajibkan tetapi tidak salah jika mereka berkemampuan berpuasa. Sekurang-kurangnya si kecil belajar melatih diri mengerjakan rukun Islam ketiga.

Sebagai ibu, anda perlu peka terhadap keperluan nutrien anak kecil yang berpuasa. Makanan yang dihidangkan perlulah sesuai agar mereka tidak cepat rasa lapar sepanjang hari berpuasa.

Pemilihan makanan mestilah yang seimbang, sihat dan betul mengikut pyramid pemakanan. Pengambilan makanan yang bertenaga ketika sahur memainkan peranan penting membantu kanak-kanak menjalani ibadah puasa.

 

Ketika berbuka puasa:

 

*Pastikan anak anda berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air.

*Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka.

*Kurangkan pengambilan makanan berminyak, banyak rempah dan pedas.

*Seelok-eloknya, berbukalah dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka puasa.

 

Ketika bersahur:

*Pastikan makanan yang diberi kepada anak seimbang seperti yang disarankan dalam pyramid makanan.

*Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air bagi mengelakkan perutnya rasa tidak selesa dan kerap ke tandas.

*Anda perlulah memastikan anak bersahur lewat agar dia tida cepat berasa lapar dan letih.

 

>>Majalah PaMa


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.