Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Langkah-langkah Mencukur Bulu di bahagian sulit wanita

0
Posted February 16, 2012 by nenek in Petua Untuk Perempuan

Semakin umur bertambah, bulu-bulu badan mulai tumbuh sebagai tanda kedewasaan hormon dan bagi wanita, tumbuhnya rambut pada bahagian yang sungguh sulit terasa sangat mengganggu. Tambahan lagi rerambut yang berada di area sulit tersebut mengakibatkan kelembapan berlebihan dan berpotensi menyimpan kotoran/daki lebih banyak.

Untuk itu, mencukurnya secara teratur merupakan cara penyelesaian terbaik. Namun banyak masalah terjadi pada bahagian yang sudah dicukur, tambah rasa sakit ketika mencukurnya merupakan masalah yang sering dialami. Maka, langkah-langkah di bawah ini akan mengurangi masalah di atas.

Tentukan seberapa banyak yang akan dicukur
Kalau yang akan dicukur panjangnya melebihi seperempat inchi, gunakan gunting kerana akan lebih mudah mengaturnya. Beberapa wanita memaksa proses tersebut dengan menggunakan pencukur standard biasa. Hal itu akan membuat hasil cukuran tidak rata dan berselerakan.

Jangan pernah mencukur saat kulit kering
Disarankan anda membasahkan area yang akan dicukur terlebih dahulu. Selain ia memudahkan proses mencukur, membasuhnya dengan loofah/span basah bagus untuk mengurangi rasa sakit ketika mencukur.

Letak krim cukur
Seperti kaum hawa yang menggunakan krim cukur sebelum merapikan bulu di wajahnya, anda juga boleh menggunakan krim cukur pada  area yang akan dicukur. Krim ini juga mengurangi risiko luka dan membantu menyihatkan area yang sudah dicukur.

Cukur dari beberapa sisi
Untuk hasil sempurna, lakukan dengan pencukuran dengan mengambil beberapa sisi ke arahnya masing-masing. Jangan hanya satu arah. Kiri-kanan atau atas-bawah membuat hasil cukuran merata.

Bedak atau lotion khusus setelah bercukur
Rasa kesat/kasar selepas bercukur boleh dihilangkan dengan meletakkan bedak bayi atau lotion . Sebelumnya berikan udara yang cukup pada bahagian sulit tersebut.


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.