Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

0
Posted April 14, 2012 by nenek in Petua Kehamilan

Petua 1:

Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang di celur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Petua 2:

Kikis lobak putih dan diparut.Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan di biar sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Petua 3:

Daun betik memang enak di buat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Petua 4:

Longan yang kering, yang biasa boleh di dapati di kedai singseh amat bagus untuk di amalkan. Rebus longan kering dalam anggaran satu cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 – 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut.

Petua 5:

Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling buah dada anda.

Sumber : Pak Ngah

Produk2 Pelangsingan Badan khas untuk ibu bersalin..

Bayi anda selalu menangis?


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.