Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tips Agar Wanita Boleh Hamil

11
Posted December 15, 2010 by nenek in Petua Kehamilan

Ramai yang ingin berumahtangga dengan pasangan yang dicintai. Setelah berumahtangga ingin mengeratkan kasihsayang berpanjangan dengan tawa riang, senda gurau dan suasana riang dan bising bersama anak2 cahaya mata dan penyejuk mata dan waris yang bakal menyambung dan memberi pahala dan mengurangi dosa kita setelah meninggal dunia nanti.

Namun begitu masih ramai yang belum di beri anugerah terindah itu lagi; Cahaya Mata. Disini, ada beberapa tips.. Insya-Allah ada hasilnya buat anda berdua.

1.  Berdoa agar ISTERI cepat hamil

Sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar di beri zuriat yang soleh atau solehah. Dan kemudian, melakukan semua tips ini, kerana Doa tanpa USAHA tiada hasilnya.

2. Lakukan hubungan intim dengan isteri ketika tahap kesuburan isteri tinggi.

Tambahan, ketika tahap sensitive hidung isteri meningkat atau berkesan (iaitu tidak selsema atau sakit hidung). Menurut pemerhati, jika seseorang wanita dimana tahap sensitiviti hidung kepada bauan adalah tinggi, dia berada dalam keadaan subur. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, bercintalah dengannya. Dan jangan lupa baca doa dahulu.

3. Kesabaran yang tinggi.

Diperlukan kesabaran mengatasi fakta bahawa hamil hanya 15% setiap bulan. Menurut pakar, Wanita berusia 30an k eatas memerlukan  8 bulan dan melakukan hubungan intim sebanyak 140 kali agar dapat hamil. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi di samping berdoa selalu.

4. Kesihatan gigi dan rongga mulut.

Ini adalah syarat yang PENTING jika seseorang itu menginginkan anak. Kesihatan dan kebersihan di bahagian ini hendaklah diberi perhatian. Menurut pakar, infeksi gusi (infection) adalah salah satu penyebab kelahiran pramatang atau kematian janin. Selain itu, ia berpotensi melemahkan Sperma yang akan bercantum dengan sel telur wanita. Oleh itu, jaga kebersihan dan kesihatan rongga mulut dan gigi. Tambahan, kalau mulut anda berbau, tentu pasangan anda malas untuk mencium anda kan?

5. Foreplay atau pemanasan.

Ini bukan pemanasan global tetapi proses pemanasan atau “ringan2” sebelum ‘exercise’. Menurut pakar, bagi lelaki yang melakukan foreplay sebelum ejakusi atau ‘klimaks’ akan mengeluarkan 25 juta sperma. Oleh itu, tambahkan adegan foreplay yang berkesan sebagai cara tepat agar wanita anda lebih mudah hamil.

Tip: Amalkan memakan saderi untuk meningkatkan keinginan seks.

Petikan dan Ubahsuai daripada info rumahabi.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

11 Comments


  1.  
    zeenath begum

    saya berkahwin dah 2 thn masih tidak mempunyai cahaya mata,gugur sebyk 4x temph setahun, menurut dr rahim sy tidak kuat tetapi ada dr menyatakan sy ada cytes. apakah sukar untuk sy mengandund dlm usia 37 ni.




  2.  
    flower girl

    saya da berkahwin selama 1 tahun lebih, tp smpai skrg sy x dikurniakan baby lagi,, sy dan suami risau sangat2??apa yg patut sy buat?memandangkan kitaran haid sy tidak tetap,kdg2 setahun 2 kali sahaja sy dtg haid




    •  

      Flower boleh mendapatkan nasihat dari pakar sakit puan, mengenai kaedah rawatan mendasarkan beberapa pemeriksaan kesihatan flower dan suami.
      Jangan biarkan masalah kedatangan haid in berpanjangan. Ini kerana ketiadaan haid ini adalah tanda kepada kekurangan tahap kesuburan sistem pembiakan pompuan. Berjumpalah dengan doktor, jangan malu. Insya-Allah setiap penyakit ada penawarnya.. berdoalah kepada-Nya selalu.




  3.  

    smekom..sya bekawin dkt 2 tahun da,sy btl2 menginginkan anak,,tambahan pila haid sy tdak teratur,,,skrg sy tdak dtg bulan slma 6 blan lbh,,adakah sy mngandung?




    •  

      wasalam. kebiasaannya org hamil akan tahu dia hamil sis, apantah lg 6bulan. perut akan membesar.

      bagaimanapun, kaedah mudah dan cepat untuk mengetahui hamil atau tidak, adalah melalui ujian urine [air kencing].

      untuk mendapatkan hamil, faktor utama adlah ketetapan waktu kedatangan period/haid. Untk mengetahui kenapa sis tidak didatangi haid sebetulnya harus dirujuk kpd doktor yg lebih arif iaitu di kliknik atau hospital.




  4.  

    saya bru kwen tk samp sebulan..hehehehe.. ht teringin nak hadiahkan suami dengan pregnancy test yg resulnyer positif.. tp dh period lak.. kita doa ye tuhan akan akan bg rezki yg plg bermakna nie.. thnx u..




  5.  

    Salam… Sya da berumahtangga hampir setahun tp masih blom di kurniakan zuriat. Saya memiliki tubuh badan yg agak besar dan Haid menjadi tidak teratur slps berumahtangga jd saya telah menbuat rujukan di sebuah klinik swasta d mana doctor menyarankqn agar saya menurunkan berat badan yg menjadi kemuskilan saya selain harus menurunkan berat bdn doctor ada menyatakan bahawa hormon sya tidak stabil jd diberi ubat sampingan utk menambah hormon justeru itu saya berada di dalam dilema kerana pengambilan ubt penambahan hormon 2 lebih kepada membuka selera mkn bagi menhadilkan hormon yg stabil dan bnyk di dlm bdn sedangkan dlm masa yg sama doctor menyarankan agar turunkan berat badan jd apa yg saya harus lakukan???? Minx beri pendapat, trima kasih 🙂




    •  

      wasalam

      Pertama nya sis harus kuatkan a2am utk kuruskan badan. Kalau hormon tu menyebabkan keinginan makan berlebihan, mmg kena kuatkan hati berusaha utk kuruskan badan sis.. byk2 kaedah mudah skrg untuk kurus ya. All the best 4 u




  6.  

    salam sis..saya dah kawen hampir setahun lebih tp belum dikurniakan zuriat.masalah saya skrg period yang x menentu.kadang2 20 hari,30 hari,atau lebih.mintak sis bg pendapat





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.